Hasil pembelajaran :
1. Menyatakan maksud harta intelek
2. Menyatakan jenis-jenis harta intelek
3. Membezakan jenis harta intelek
Makluman pelajar :
Bagi topik ini, soalan yang boleh dibuat oleh guru atau penyedia soalan mestilah berdasarkan objektif hasil pembelajaran. oleh itu, anda perlu fokus kepada TIGA hasil pembelajaran di atas semasa ulangkaji.
Latihan:
1. Nyatakan maksud Harta Intelek. [1 markah]
2. Nyatakan jenis-jenis harta intelek dan huraikan. [6 markah]
Harta intelek : satu tuntutan terhadap hasil ciptaan dan merupakan hasil terlindung.
2 jenis harta intelek: hak cipta dan harta industri.
Hak Cipta : harta ekslusif yang diberikan kepada pemilik karya yang berhak cipta bagi satu tempoh yang ditetapkan. (Akta Hak Cipta 1987)
Reka bentuk industri : Dilindungi Akta Reka Bentuk Industri 1996, Peraturan Reka Bentuk Industri 1999
Cap Dagangan : dilindungi Akta Hak Cap dagangan 1976 dan 1997 (pindaan 2001)
Paten dan Pembaharuan Utiliti : Akta Paten 1983 - Akta 291 (Pindaan 1986)
Setiap cap dagangan mesti didaftarkan bagi tujuan:
- hak eksklusif terhadap pemilik cap
- bukti sah dari sisi undang-undang