Sunday, August 4, 2013

Slogan Produk

Hasil Pembelajaran:
  1. Mengenalpasti ciri-ciri slogan
  2. Membuat slogan produk
Melihat daripada objektif pengajaran diatas, bagi subtopik ini pelajar seharusnya mahir untuk membuat slogan bagi sesutu produk yang akan digabungkan bersama dengan logo. Sebagai latihan, anda seharusnya cuba untuk melukis dan mewarna slogan dan logo anda sendiri berdasarkan ciri-ciri sesuatu produk 

Contoh soalan:
Sila lukiskan satu slogan dan logo bagi jenama kerepek ubi makcik "Senah"
 
  • Logo boleh dihasilkan secara 2D atau 3D
  • Menggambarkan ciri produk 
  • Slogan menarik minat pembeli atau pengguna
  • Warna yang menarik

Selain daripada dapat melukis slogan dan logo, pelajar seharusnya mengetahui tujuan slogan dan logo dibuat. Terdapat 2 tujuan asas slogan iaitu:                                                                     
  1. Sebagai penyambung kepada sesuatu kempen
  2.  Meringkaskan tema atau idea utama yang hendak dikaitkan dengan keluaran






No comments:

Post a Comment